Thursday, 16 February 2012

Birthday Prank To Me :D

Assalamualaikum. Hello para pembaca. xD

Ok actually lama dah aku tak update blog. Last update pasal prank kakak aku kena. But now me. -.-' Actually orang yang prank aku ni dah lama plan semua ni rupanya. Ish. Mereka gunakan bff aku dan suruh bff aku bergaduh dengan aku. 

CeritaNya bermula macam ni. Pada hari jadi aku tuh time balik tetiba bff aku marah aku tengking kat aku cakap yang aku ni mengata dia then blablabla and so on. Aku pun WTH!? Apa salah aku? Tetiba je marah? Boleh dia kata aku mengata dia dari belakang? Ishhh. Dah lah aku baru happy happy petang tu ada silat kat sekolah. Tapi disebabkan ada masalah dengan bff aku, mood aku pun terus takde. Tapi terpaksa lah jugak pergi silat tuh. 

Balik dari silat tuh lepas mandi mandi dalam keadaan stress dan ditambah dengan berWhatsApp kejap dengan someone then aku terus tido sebab terlampun stress memikirkan salah aku. Apa salah aku sampai dia nak marah? Bila aku text bff aku dia kata blablabla tapi tak cakap pun apa salah aku. -.-'

Then keesokkan hari aku ke sekolah seperti biasa just moody sebab bergaduh dengan bff kan mesti hati aku tak tenang. Tapi bila seorang lagi kawan baik aku cakap kat aku. "Chill la bro petang ni mesti selesai punya semua masalah yang ada" Kata Muhamad Aleeq. Aku kalau bab bab gaduh dengan kawan ni mana boleh chill chill. Aku pun tido dalam kelas. Sebab terlalu tertekan.Hohoho.

Lepas balik sekolah tu aku siap siap nak pergi sekolah balik sebab ada latihan silat. Then time last last nak habis silat tu. Ada orang nak jumpa aku. Mereka adalah. Shafiqa dan Alyaa. Diorang kata bff aku Alia dengan Syaza nak jumpa. Then aku pun mintak lah izin cikgu, Tapi di dalam kepala otak aku pikir *jujur ni. "Kenapa nak selesai masalah tapi Shafiqa dengan Alyaa pun ada? Mesti ada benda lain ni" 

Dalam perjalanan nak ke tempat bff aku tu tak habis habis pikir benda tu. "Bukan nak selesai masalah camgini" Dalam masa yang sama aku tetap pikir la mana tahu ada memang ada buat salah kat bff aku. Then bila dah jumpa bff aku dua orang tu. Maka bermula lah sesi jawab menjawab mulut. Dalam masa yang sama, time tengah jawab mulut diorang tu aku selaluh pandang belakang dan sekeliling takot takot ada orang nak kenakan aku. 

Tapi time sesi jawab menjawab tu aku nampak reaksi muka dua orang bff aku tu tersenyum macam bukan marah aku betul betul. Aku pun dah mula pikir yang ada benda lain mereka nak buat kat aku bukannya nak selesai masalah. Ada satu time tu aku tengok belakang aku nampak ada orang tengah pegang tepung menuju kearah aku, jarak dengan aku memang dah dekat. Nasib baik aku bawak helmet time tuh. Sempatlah aku pakai helmet dan dapat mengelak dari kena tepung tu sikit. 

Lepas kena tepung pertama semua manusia manusia yang menyorok pun keluar kejar aku. Rupa rupanya betul diorang nak prank aku. Aku lari sepantas mungkin tapi kena jugak tepung. Dalam baju kat muka kat telinga kalau boleh memang jadi Mr Tepung lah petang tuh. Dah lah diorang semua ni prank kat dalam kawasan sekolah. Ramai lah jugak manusia sekolah lain tengok aku lari lintang pukang. -.-'

But aku tak kesah, Memang terharu gila ada kawan kawan yang macam ni. Semua orang yang aku sayang ada. Just Muhamad Aleeq yang suruh aku chill dipagi hari tu je tak dapat hadir. Haiyaaa. Thanks to Amani sebab baling tepung dan semua yang turut serta. Tapi memang sweet ah Alyaa bawak cake bagi kat aku. Auwww. Terharu. 

Thanks to kakak aku jugak sebab turut join prank neh. Dia buat muka tak tahu je kat rumah bila 
aku cakap aku ada masalah. Kuwajo betei. Thanks to Amani and other senior form 5. Thanks to Fahmi Ashraf Syahmi dan Alif kerana turut membantu baling tepung kat aku. Memang mereka semua terbaik! :)


 

Thanks To My Lovely Best Friend Forever Alia Syafiqa sebab bagi bunga ni dan KFC :)  I  You.






 Thanks To My Lovely Best Friend Forever Syaza Qahirah for the Cadbury.  I  You.

Thanks to Syairah Hanani bagi arnab ni. ^_^

Dan terima kasih kepada Shafiqa sebab bagi cake tu. Sedap sangat. *Maaf gambar cake takde sebab yang tolong snap gambar tu tak upload lagi. Terima kasih kepada yang hadir. Kakak aku, Syahrul, Amani, other form 4 and form 5 students.  I  You All !

♥ Thanks to the special person Alyaa Afiqah :
 
Terima kasih sebab sudi hadir. Terima kasih sebab tolong pegang dan bagi cake tu kat saya. Saya sangat sangat menghargainya. (': Tapi malangnya awak tak sempat nak makan cake dan kfc tu sebab awak balik awal. Hanya dapat pegang cake je. ): Kecewa sangat sebab awak tak dapat join makan sekali. Apa apa pun saya tetap menghargainya. ♥ You. ;-)

Saya bersyukur kerana dapat mengenali kawan kawan seperti mereka. Terharu sangat! Lain kali korang pulak bersiap sedia dengan tepung dan telur aku akan balas dendam. Haha. Tapi lain kali korang tak perlu lah plan guna muslihat aku gaduh dengan Alia dan syaza. Aku sedih sangat nanti. :/

K lah habis dah cerita. Byebye.

Assalamualaikum.