Friday 30 December 2011

Pengalaman 2011

Assalamualaikum. Hello.

Memandangkan hari ni hari last untuk tahun 2011. Aku nak lah taip entry sikit. Maybe aku nak cerita ape yang aku lalui tahun ni. Actually banyak perkara yang berlaku kat aku. Ada sedih ada gembira. Banyak laa perkara yang buat aku sedih tahun ni. Tapi tak perlu lah diperbesarkan right?

Ok aku cerita pengalaman gembira aku. Tahun ni kan aku candidates Pmr. So mesti la bust sikit study. *Study ke? xP Tapi kat sekolah memang sibuk dengan macam macam aktiviti lah. Ada kem ada kelas tambahan and so on. Tapi aku nak kongsi sikit ah berdasarkan pengalaman aku lah kan. Tahun PEPERIKSAAN lah tahun paling best sebab banyak pengalaman yang kita akan dapat. Dapat kawan baru lah time ada kem. Tapi memang betul aku cakap. Tahun Peperiksaan ni membuatkan aku jadi rapat dengan semua orang. *Ini pendapat aku lah. Tak suka takpe. ^^

Okey pengalaman menarik tahun ni, Pada awal tahun 2011 aku ada lah masuk kawad kaki sebab tak tahu nak bergiat dalam aktiviti ape lagi. Sukan dah. Aku pun try kawad. Actually aku memang suka kawad dari kecik lagi. Hehe. Then aku masuk lah kawan kaki kadet polis. Bertanding dalam sekolah je. Nak wakil sekolah, sekolah aku tak aktif sangat kawad ni. Saje nak mengisi masa lapang. Then kadet polis menang lah tahun ni kawad kaki. Kat situ memang best ah pengalaman kawad. Traning petang petang. Malam pun ada kadang kadang. Tapi memang berbaloi ah.

Pengalaman menarik seterusnya bila aku ada join race lumba basikal. Aku main sukan basikal ni dah lama dah. Sejak dari aku form 1 lagi. Then time berlumba tu memang best lah. Pengalaman pertama buatku. Di sebabkan aku terlampau excited masuk race tu. Aku jadi tak letih masa berlumba tu. Letih tu ada tapi tak seletih aku traning. Biasalah bila dah excited sampai tahap gaban semua benda aku tak kesah yang aku pikir nak menang. Tapi sudah takdir aku kalah. krohkrohkroh. Ada alasan tersendiri actually kenapa aku kalah. Sikit lagi aku nak sampai garisan penamat. Tapi biar lah. Kalah Menang adat permainan. Ni pun berlumba bukan peringkat negeri. Peringkat ape tah aku tak ingat. Tapi memang best ah pertama kali masuk race ni menambahkan ilmu dalam otak aku.

Then pengalaman best tahun ni time PEPERIKSAAN LAH! Time trial aku still buat tak tahu. Aku just baca buku sikit sikit je. Then kaboom dapat 4A4C. Ohh sweet gila CCCC tuh. Urghh kalau B boleh tahan lagi. Tapi lepas trial tu ada sedikit keInsafan masuk kedalam hatiku ini. Then minggu last before Exam Pmr aku belajar dan buat ulangkaji dengan cikgu lebih sikit. Biasalah takotkan nak Pmr. Tapi! Hari pertama Exam Pmr je aku bedebar debar sebab aku tak tahu pengawas yang jaga dalam dewan tu macam mane. Tapi bila hari kedua Exam Pmr aku dah tak bedebar rasas biasa biasa gitew. Aku baca buku pun sikit sikit je. At least baca la jugak dari tak baca langsung. Tapi ada someone special ni yang telah memberi semangat untuk aku menjawab soalan Pmr walaupun aku hanya baca sikit sikit dan masih kurang ilmu pengetahuan.

Everyday sebelum exam pmr bermula dia datang berjumpa dengan aku. Selalu wish goodluck dan ada laa sembang sembang sikit dengan dia. Aku tak tahu kenapa bila aku tengok muka dia aku jadi tenang je. Bila dia senyum, senyuman dia membuatkan aku Bahagia Gembira Cair and so on. Dia sangat baik dengan aku. Aku besyukur kepada Allah swt kerana beri aku peluang untuk mengenali si dia. :') Bila tiap tiap pagi dah jumpa time minggu exam tu idea bergelora dalam otak aku nih. Sebab dia lah. Cikgu Family Kawan kawan banyak jugak membantu. Tapi bila aku jumpa dia ni aku rasa semua masalah hilang dan rasa tenang untuk menjawab soalan peperiksaan. 



Btw thanks yea. I really love you and I don't want to lose you! Mesti pembaca tertanya tanya siapakah Si dia itu? Actually dia muda dari aku. Hee. Aku tak kesah lah aku ni jenis kawan dengan semua orang tapi hanya sorang je yang berjaya mencuri hati aku . Aku jenis Friendly type. Tapi mula mula memang aku malu dengan kawan baru lah tapi kalau dah lama lama jadi biase. But thats just me. (:

Then this the most meaningfull Memories bila aku pergi lawatan lepas Pmr dengan kawan kawan sekolah. Memang terbaik dari ladang la! Kami pergi Melaka dan Kuala Lumpur. Naik kereta api. Best. Naik kereta api dengan kawan kawan ni lain. Pergi jalan jalan dengan kawan kawan pun lain. Time atas kereta api memang seronok lah! Penumpang awam yang lain tengah tido lepas pukul 12malam kami still macam burung hantu aktif. Seronok aku cakap. Pengalaman lepak kat cafe atas kereta api dengan kawan kawan. Solat atas kereta api yang bergerak gerak tu. Main card and so on. Time lawatan tak payah cakap. MEMANG TERBAIK! Aku sedih sebernanya bila teringat pasal lawatan ni. Tapi memang pengalaman paling best yang aku pernah ada! Aku akan ingat sampai mati. Kalau nak tengok entry pasal lawatan try lah tengok kat Archive. Pasal aku berlumba ada jugak kalau tak silap.

Then pengalaman lepas pmr pergi sekolah macam macam berlaku. Kadang kadang sampai kena halau dengan cikgu. Cikgu cakap. "Buat apa datang sekolah bukannya belajar pon" Tapi bagi aku, dari duduk kat rumah baik aku pergi sekolah boleh borak borak dengan kawan kawan tolong cikgu. Tapi sebenarnya tujuan aku pergi sekolah lepas abis exam pmr sebab aku nak jumpa si dia tiap tiap hari. Tak dapat berborak dapat tengok muka dia pun dah cukup. Tapi aku banyak kali dah buat dia kecewa. DULU aku jenis yang tak reti nak buat keputusan. Main buat je sampai aku tak ingat dia terluka. I'm really sorry dear 
I really don't mean to hurt you. I'm sorry. Tapi sekarang Alhamdulillah aku dah belajar dari kesilapan kesilapan lama aku. Insyaallah aku takkan ulang benda yang salah lagi.

Then pengalaman masa start cuti sekolah ohh really boring. Time pergi bercuti best lah SIKIT. Tapi best pergi holiday dengan kawan kawan sekolah aku lagi. Time cuti aku banyak menghabiskan masa dengan kawan kawan pergi main Futsal lah dan ada sikit aktiviti lain. Aku nak main sukan basikal takleyh asyik hujan je kat sini. Nasib baik Futsal ada. Tapi dah dua kali aku terseliuh main Futsal. Mula mula kaki kiri then tangan kanan. Aku still main futsal walaupun tak sembuh lagi. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA. Muahehehe :3

Then saat saat yang dinantikan candidates pmr ialah RESULT! Hohoho. Aku ada post entry pasal result ni. Cari sendiri kat Archive la yea. Aku dapat 7A1B je. Ohh kecewa aku time tuh. Tapi nak buat macam mana sapa suruh tak baca buku kan? 7A tu pun nasib baik jumpa si dia tiap tiap pagi exam #Eh Hahaha.

Kepada kawan kawan aku semua. You all the best I ever met! Sayang korang semua. Thanks sebab jadi kawan aku. Kepada si dia. Saya harap next year 2012 kita berbaik rapat macam dulu k? Saya sudah terseksa asyik memikirkan tentang awak. Saya mintak maaf kalau ada buat salah dan silap kat awak and to all my friends! Love you all!

Sebernanya banyak lagi aku nak cerita tentang pengalaman tahun 2011 ni. Boleh buat novel nanti. Tapi aku dah sudah tidak larat nak cerita semua. Dah lah tapi entry ni pukul 2AM. Hadoi mengantok! Ah ni sikit lagi, aku nak marah sebenarnya bila subjek BIO MATH FIZIK ADDMATH KIMIA form 4 2012 bertukar bahasa ke Bahasa Melayu. Sumpah aku tak paham bila tengok buku dia. -.-' Banyak dugaan betul yang lahir tahun 96 ni. Dulu time sekolah rendah kami semua yang start Bahasa Inggeris Sains dengan Math Tapi sekarang kami pulak yang mulakan subjek bio math addmath fizik kimia dalam Bahasa Melayu balik. Kepada  Menteri Pelajaran Kami semua dah biasa Bahasa Inggeris. Sepatutnya tak perlu lah tukar ke Bahasa Melayu 100% Buat la Dwibahasa kan senang. Yang pandai BI boleh tengok BI yang pandai BM tengok lah BM. Baru adil. K lah Azam tahun 2012 ni aku nak jadi lebih baik dari tahun 2011.

K lewat dah ni mengantok pun ada. Hehe Sorry panjang mungkin akan memeningkan para pembaca. Hehe. Bubye.

Assalamualaikum.

Sunday 25 December 2011

Mc'D Bertukar KFC

Assalamualaikum and Hello readers!


Harap para pembaca semuanya sihat. Hari ni seorang senior belanja aku makan Mc'd eh silap KFC. Kalau tengok pada Title di atas Mc'D bertukar sebenarnya sebab pada mula nya Nik Amani Syahirah nak belanja McD tetapi disebabkan Mcd penuh sangat manusia So kami semua tukar ke KFC.

Macam mana la boleh penuh. Ni lambat la punya pasal. xP Sapelah yang lambat tu. Ish ish ish. Aku pergi dengan Izzat Zackqer senior aku. Kami berdua sampai awal la jugak. Then tunggu punya tunggu Shafiqa pulak sampai. Seronok dapat jumpa dia. Hewhewhew. 

Then sementara tunggu senior sorang lagi yang sanggup nak belanja tu aku dengan Izzat Zackqer pergi lah berjalan jalan dalam Kbmall tu. Sumpah boring tak tahu nak buat ape. Aku pergi kat mobile station nak beli alat-alat untuk Samsung tapi tak jumpa. Actually aku tak tanya jurujual kedai  tu ada ke tak alat yang aku nak. Busy sangat kedai tu. -.-'


Then sampai lah jugak Cik Amani kita. Then mula mula berkumpul depan McD. Tapi penuh then tukar pergi KFC. Apa apa pun terima kasih yea sebab belanja makan. Hehe. 



Ni dia Cik Shafiqa yang lawa ^^. Best dapat bercakap dengan dia. Sampai tak ingat kat Amani dengan Izzat zackqer ada sekali. Haha



Dan ni cik Amani. Sibuk dia tengah main dengan Tab. Biasalah aku kan tak kaya macam dia. Hanya mampu melihat. Hohoho Btw thanks sebab belanja makan okey. I really appreciate it. (:





Ni Izzat Zacker. Zackqer tu nama facebook dia sebernanya. Hehe. Aku tumpang dia naik motor je. Biasalah aku takde lesen. Malas nak ambik risiko kena saman nanti habis duit terbang. Thanks yea sebab bagi tumpang.

Then time balik tu haa kat motor ni lah. Aku ada beli coolblog. Then aku letak atas motor sebab nak pakai helmet. Then coolblog tu jatuh bekecai. Sial betul dahlaa aku tak minum lagi. Terbang duit. -.-' Dan dalam perjalanan balik tu dah nak sampai kat rumah aku kami berdua accident langgar pagar rumah orang. Izzat Zackqer ni harap je ada lesen tapi tak reti bawak. Hohoho. Just kidding. Selamat laa accident sikit je. Kalau tak masuk hospital kami berdua.

Apa apa pun terima kasih semua. K setakat ni je entry kali ni. Dah tak tahu nak taip apa. Jumpa lain kali yea.

Byebye. Assalamualaikum.

Friday 23 December 2011

RESULT

Assalamualaikum dan Hello.

Okey seperti yang anda tahu. Tajuk di atas mesti lah result PMR kalau dah bulan 12 ni. Okey. Masa awal awal bulan banyak khabar angin yang menyatakan bila tarikh result yang sebenar. First aku dengar tarikh 28. Then 23. Last last 22/12/2011.

Lepas dah kompem tu mesti laa terasa debaranya. Tapi semakin hari semakin nak dekat dengan tarikh nak ambik result tu aku jadi tak bedebar. Aku main game je kerja dalam facebook. Pool Live Tour. Aku juga busy dengan tweet tweet. Sampai jadi relax gila gila tak kesah pasal result.

Tapi bila dah sampai tarikh 22/12/2011 pagi tu aku bangun terus hilang selera makan. Hadoiyai. Last minit baru nak bedebar balik. -.-' Aku bangun awal hari tu. Sebab harapan nak pergi lepak-lepak kat sekolah dulu jumpa kawan kawan. Biasalah dah lama tak berjumpa. Hehehe.

Aku pergi awal la jugak. Takde orang lagi kat sekolah time tu. Ada pakcik makcik kebun je. Orang pertama tunggu aku kat sekolah ialah kawan baik aku dan jugak best students. Tinggi, bijak, pandai dan bakal dokter. Dah ade klinik nama dia wei dan ayah dia seorang dokter jugak. Dia akan mewarisi klinik itu besar nanti. Ye ke tak AIMAN?  Haha



Layan gambar dulu :


Okey aku sampai time tu kosong lagi. Kat dewan dah pasang lagu yang menakutkan students. -.-'


Haa yang tinggi tu lah AIMAN! Sebelah dia Hariz. Perempuan dua orang tu my best friends okey! Don't steel them from me ! 


Ni dia geng geng aku. Hoho. Yang first picture tuh yang pegang helmet senior. Then gambar yang dua orang tu baju putih tu senior jugak. Mereka bagi sokongan nak ambik result. Haha


Okey! Acara bagi result dah start. Mula mula pengetua beri ucapan dulu. Yang dapat 9A seramai 14 orang dan dua orang students di atas salah satu calon nya. Lelaki tu sorang je 9A. Tahniah!



K gambar yang first sebelah kiri tu *baju hitam ALI TASDIQ. Ketua kelas aku. Bawah dia Faris! Bawah lagi Ikram! Yang tinggi tinggi tu AIMAN lah. Dan yang perempuan tu. My BFF ALIA. Semua dapat 8A. Tahniah!


Start sebelah kiri atas sekali. Norma. Bawah dia Faqihah. Then Mija Penolong ketua kelas! Then gambar yang dua tu atas Alia Qistina! Dan bawah Syazwin a.k.a Maya. *muka tak percaya dapat 8A tu. 


Dan sekarang Gambar aku. Kiri tu dengan BFF jugak. Dia lawa sangat. Cair aku. Hahaha. Tak percaya sudah. Shafiqa nama dia. :) Kanan tu siapa lagi Alia lah. BFF jugak. Hee ^^


Atas tu boss aku. Muhammad Aleeq. kawan baik! Relax bro. Aku dapat result sama dengan dia. Cuma B dia dengan aku lain. Yang bawah tu kawan kawan jangan la kecewa sangat. Spm ada lagi. Ujian atas muka bumi ni banyak lagi. Jangan putus asa oke?



Haa ni sorang lagi bff. Dia dapat result sama dengan aku. Hehe. Tahniah oke!

Apa apa pun tahniah kepada yang mendapat Straight A's! Sekolah aku seramai 60++ dapat straight A. Dan peratus sekolah naik la sikit. Bagi yang tak dapat apa yang dihajatkan tu jangan kecewa. Aku pon tak dapat 8A. Sedih jugak. Uwaaa.

Result aku. :'(












Tak cukup 1A je lagi. Hadoiyai. Menyesal aku main main dalam kelas time teacher mengajar. Hohoho.
K lah result sudah dapat aku kena terima jugak. Cuma aku sedih tak boleh nak membanggakan keluarga aku. Setiap kali Ada peperiksaan mesti aku kalah 1A dengan kakak aku. -.-' Takpe Spm aku fight habis habisan.


K lah setakat ni je entry aku. Lama kan aku tak update? Haha. Gambar tu aku combine sebab nak save ruang. Tak suke? BOLEH BLAH SEKARANG. ^^ Ada sikit lagi. Aku rindu seseorang tu. Dulu kami rapat sangat. Then sekarang? Entah tak tahu kenapa dia macam melarikan diri gitu. Why AA why? You make me feel crazy.


Ehh dah lari tajuk lah. Haha. K ape ape follow aku kat twitter dan jangan lupa mention! ^^


Bye Assalamualaikum.

Saturday 3 December 2011

Breakfast For Today ^^


Assalamualaukum, Hello all :)

Sehat ka? Sudah lama aku tak menaip blog. Hee~ Okey disebabkan ada beberapa orang tu suruh aku update blog sangat Okey aku update. Sabar la sikit yea kawan update blog ni time ada mood senang lah.

Okey berbalik pada Title di atas. Sudah lama aku dengan Family aku tak breakfast kat luar. Dah banyak bulan kot. Tapi hari ni disebabkan Pak Long aku dari Kuala Lumpur datang dan dia ajak makan pagi then Family aku pun pergi la kecuali adik aku yang dua orang tu. Fuhh selamat diorang tak pergi. Kalau tak mesti rosak mood aku. 

Kito orang semua pergi breakfast kat KopiTiam Kita. Kedai dia tak seperti Kopitiam yang lain. Kopitiam ni unik sangat sebab ada banyak gambar melekat kat dinding and kedai biasa je tak high class seperti Kopitiam yang lain. 

Aku pun try lah ROTI TITAB  :




First time aku dengar nama roti sebegitu. Ada telur separuh masak dengan kaya atas roti ni. Sedap jugak. :)
Then time makan tu my lovely father snap gambar aku dengan my lovely sister. Dah lah curi curi snap. Haiyaa.


Kami ialah pasangan AI pasangan adik beradik. :) Amirul Izzat and Amalia Izzati ^^ Iloveyousister!

Umur aku 15 my sis 16 so tak jauh sangat dan kakak aku mudah memahami aku n_n
Dia dah ada buah hati so takpayah nak ngorat dia tau nanti aku marah. Hehe

K lah tak tahu nak story apa lagi. Byebye. Thanks for reading yaww,

Assalamualaikum. ^^

Sunday 27 November 2011

Pizza Time ^_^


Assalamualaikum. Hello readers.

Okey entry aku ni nak taip sekejap je sebab aku ada hal. Tapi aku nak taip jugak. Haha. Oke Pada malam perlawanan Malaysia lawan Bahrain aku dengan kazen aku pergi makan pizza. Sebernanya kitorang tak ingat yang malam tu ada Match.

Selemat lah kami semua pergi lepas maghrib so habis awal la makan pizza ni. Nie gambar pizza. ^_^









Aku nak cakap cheese yang bulat tu memang tak sedak. Err Muakk aku dibuat nya, Haha. Lepas makan terus kitorang balik dan terus bukak tv dan tengok tengok Malaysia tewas 2-3 dengan Bahrain. Apa apa pun tahniah lah Malaysia.

Klah setakat ni je cerita aku. Bye bye all. Assalamualaikum.

Thursday 24 November 2011

Lawan Pool Dengan Junior. (^_^)

Assalamualaikum. Hell O

Aku rasa happy semacam je nak taip taip kat blog ni. Biasa lah dah lama tak menaip. Dah lah dah start cuti. Boring doe. Tak tahu nak buat apa. SUMPAH BORING. Tiap-tiap hari bangun > buat apa yang patot > sambung tidur > bangun kul 12 > mandi > Online Facebook > Online Twitter > Blogwalking > Makan > > Online Facebook > Online Twitter > Blogwalking Sampai ke malam. Memang tak tahu nak buat apa.

Nak jalan-jalan musim hujan sekarang. T__T Then terperangkap kat HomeSweetHome la konon. >.<
Sekarang ni pun tengah bosan sebab tu taip je entry yang mengarut ni. Aduyaii. Tengok keadaan blog ni pun tak siap edit lagi. Malas weyh! Somebody nanti tolong suggest kat aku lagu apa yang sesuai nak letak kat blog ni tau. ENGLISH SONG please. Kalau ada lagu yang sesuai post kat wall facebook aku erk. Jasa anda amat dihargai.

Oke berbalik pada tajuk di atas. Semalam, aku nak hilangkan boring aku ajak junior aku ni main game pool dalam Facebook dot com. Then main main. Tengok gambar ni. T__T




Oke terkejut aku dia dia menang mula-mula. What daa ****. Memang malu la SIKIT. Hahaha. Tapi game kedua aku menang. Muahahhaha. Dan set penentuan tengok gambar seterusnya.



Then berlalu lah set ketiga. Dan aku kalah. T_____________T Tapi aku ada alasan tersendiri. Mula mula aku time tengah main sibuk nak printscreen lah. Sebab tu tak fokus kepada game. Haha. Alasan kedua. Sambil sambil main tu aku edit gambar ni. Tak boleh nak fokus dah kat situ. Hehehe. Alasan ketiga. Dia perempuan kan. Kena lah mengalah. Ladies first kan. Lagi pun biar lah dia menang. Haha. :P

Oke aku bosan sebernanya nie. Sebab tu entry macam ni pun jadilah. Haha. MAAF BLOG aku nie tak siap lagi edit. Sebab tu lagu takde. Dan banyak benda lagi aku nak ubah. Dulu background gelap. Aku dah bosan hidup dalam kegelapan so tukar la warna putih. Macam DP facebook aku. Hehehe. MISTERI gitu.

K lah thanks for reading and Nur Adlina TAHNIAH kerana menang. Lain kali lawan lagi. hehe.
Esok lusa aku update lagi insyaAllah. :D

Kbyebye. Assalamualaikum. (^_^)

Monday 14 November 2011

Hari Hari TerAkhir Sebelum Tamat PerSekolahan(!)

Assalamualaikum wbt. Hello readers(!)

Oke hari ni hari Isnin 14/11/11 aku pergi sekolah macam biasa cuma jadi jahat sikit. Muahehehe
Sikit je pun. So releks laa. Hari ni aku sampai lewat sikit sekolah sebab aku bangun pukul 6.45a.m. Aku pun belari dan terus belari dan mandi dan pakai baju dan breakfast sikit dan pergi sekolah dan macam macam dan lagi. Hehe



Oke di pagi hari lagi sekumpulan Form 3 pergi naik atas blok Form 1 sebab kat sini ade tiga kelas kosong. So kami pinjam laa satu sebab kami tiada kelas Form 5 guna kelas kami untuk SPM. :O
Geng perempuan tengok MOVIE. Yang lelaki macam macam mereka buat.


Antara aktiviti yang budak lelaki buat ialah bermain card(RoyalGame)

Nie Hah tengah tengok Movie. Atas nie tenang sikit takde orang ganggu. Teka cerita apakah Itu. :D


Menunggu permain yang kalah untuk memberi card.




Kami tak berjudi-judi yea. Kami maen saja saja. Kami Budak BAIK. (^_^)




Selepas letih bermain kami berasa lapar weyh. Tak breakfast lagi kot. So kami ambik keputusan untuk jengjengjeng. Tengok bawah.




Makan kat luar sekolah. Haha.


Kami ponteng sekejap. :O Sebab makan di kantin sekolah bukanya sedap pung. So we all decided nak makan kat luar sekolah. 


Ada nampak ciri ciri Ganster tak? Haha. Taklah kami semua budak baik. Selepas balik dari makan kat luar nie, kami terus menuju ke sekolah balik. Letih jugak berjalan nih. Hadoyaii.

K lah sorry gambar kualiti kurang sebab snap guna Phone jee. *Phone murah*

Oke aku tak tahu dah nak cerita apa. Okey Byebye readers.

Assalamualaikum. (^_^)
Thanks For Reading.

Sunday 13 November 2011

JalanJalanTime(!)



Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera. 

Dah lama tak jenjalan dengan kawan kawan weyh. Last jalan-jalan pun time lawatan lepas Pmr hari tu. Memang rindu gila ah. Oke Kali ni aku jalan-jalan dengan Tiga orang kawan aku iaitu Syahir, Aiman dan Fazir sebab Fazir dengan Aiman nak pergi Kuala Lumpur dah minggu depan. Sedih akuuh. :'P

Oke kami berEmpat dah lama rancang benda ni *LamaLaaSangatt*. Kitorang sepakat nak pergi maen Bowling kat Kbmall. Di pagi hari yang redup aku dengan Syahir pergi lah ke rumah Aiman sebab nak tumpang dia pergi Kbmall. Pergi laa aku dengan Syahir naik basikal. Jauh oo rumah Aiman. Then Dalam kul 11.15a.m. pun Aku,Aiman dan Syahir bertolak dengan mak Aiman. *ThanksAunty*

Then sampai la kat Kbmall then jumpa Fazir kat FoodCourt. Lepas tu terus pergi Bowling kat Kbmall. TIBA-TIBA pekerja bowling tu cakap bowling ada orang tempah buat family day. Pffttttt laa wehhh. Tengah-tengah semangat nak main tiba-tiba jadi camtuh. Bodoh(!)

After that, kami rancang nak pi Bowling kat Billion dan kami semua setuju. Tapi Aiman ajak main pool dulu dan kami semua pun main laaa pool. Aku kalah weyh main pool dengan Aiman. xP Lepas tu terus kami nak On The Way ke billion blablablabla dan sampailah ke billion. xD

Lepas tuh we all masuk lah ke dalam Billion dan terus menuju ke tempat bowling. Then aku terkejut ah jugak asal bowling kat billion ni nampak pelik o.O rupa-rupanya macam macam yang lain. Row dia pendek. Bola dia buruk+banyak calar-calar. Kasut memang buruk ah takpayah cite. 

Time tengah main tu terkejut aku asal PIN dia senang sangat jatuh. Rupa-rupanya setelah beberapa kali aku main baru aku tahu PIN dia ringan pelik nahh. Tak stabil. Kalau kat Kbmall punya baru syok. Bowling kat billion macam loserr je. Penipu dan pfttt ahh. Haha

Lepas habis main bowling kami semua pergi makan makan dulu kat billion then kami berjalan dari Billion pergi ke Kbmall *NakSaveDuitLaKonon* Hehe. Jauh perjalanan. Letih sampai. Dua kali pergi Kbmall. Sampai je kat Kbmall kami pun jalan jalan jela dalam tu. Fazir ada beli barang-barang sikit.

Setelah puas berada di Kbmall kami semua pun berjalan*SekaliLagi* ke stesen bas Kat parkson gi la bapak jauh. JalanJalanJalan ternampak Cikgu BM kami. Tapi tak sempat nak jumpa cikgu. Lepas sampai kat stesen tu Aku, Aiman dan Syahir naik lah bas menuju ke rumah Aiman. Fazir naik bas lain.

Bila dah sampai rumah Aiman tu lega rasanya sikit. Lepas rest kat rumah Aiman kejap , Aku dengan Syahir pun balik laa naik basikal. Gilaa letih. K lah setakat nie je aku taip taip. Tengok ah gambar-gambar nie. Enjoy(!) 






























Gambar time balik je ada. Tak ingat nak snapsnap time tengah maen. Hadoiyai. K Byebye. Thanks kerana sudi memebaca. (^_^)

Assalammualaikum.