Saturday, 1 September 2012

MERDEKA !

Assalamualaikum guys ! 


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ! Terima kasih kerana sudi bukak blog ni. KuiKuiKui~

Aku just cerita pengalaman Sambutan Kemerdekaan Ke-55 ni. Aku ada join persembahan pentomin untuk hari kemerdekaan kat Padang Perdana, Kelantan. Apa itu Pentomin? Pentomin bermaksud "A performance using gestures and body movements without word" Paham? Tak paham pergi seacrh sendiri maksud dia kat google. Hahaha.


Aku dengan kawan kawan aku saje je join benda ni. Nak mencuba sesuatu yang baru. Mencari pengalaman. (^_^)Y Kitorang kena berkumpul kat tempat show tu pada pagi 31 Ogos 2012. Cerita pentomin tu pasal TOK JANGGUT menentang penjajah di Kelantan. Aku pegang watak sebagai anak murid silat Tok Janggut je. Hehehe.

Ni dia gambar ~


Bersama semua ahli ahli.



Pembesar Pembesar baik.


Pembesar bersama penduduk kampung. Haha.


Penjajah ! ;)


Bahagian Muzik Aqil !


Persembahan kitorang bersiaran langsung dalam 15 minit macam tu je. Kat tempat tu macam macam lagi show ada. Silat, persembahan dari PDRM dan perbarisan. Lepas habis show tu kitorang makan lah apa lagi. Breakfast pun idok lagi pagi tu. Haha.


With bestfriends ! :D

Lepas makan tu kitorang pun balik laa. Ni je pengalaman aku semasa sambutan Merdeka kali ni. Kalau korang ada apa apa nak share pasal pengalaman merdeka korang tahun ni leave lah link blog anda di kotak comment di bawah. (:


Bye, Assalamualaikum. :D
*Like lah yang kat bawah ni. Kehkehkeh.

Wednesday, 22 August 2012

My Eid

Assalamualaikum. Hello. Hai. Salam 1 Malaysia.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua yang sudi membaca entry ni. Hehe. Semoga salah dan silap diriku diampuni oleh kalian semua. Aku sebenarnya ketandusan idea nak buat tajuk untuk entry kali ni. Aku just nak cerita aktiviti pada malam raya dan aktiviti pada 1 Syawal sehingga 4 Syawal. Hehehe. 

 SELAMAT HARI RAYA (^_^)

Ahhh just forget about it. The story begin here....

       MALAM RAYA

Haaa ni dia gambar time malam raya. Ahh jalan begitu sesak di bandar Kota Bharu. Aku saje je keluar nak tengok suasana malam raya. Perghh mercun sana sini. Polis sini sana. Memang bising lah pada malam raya tu. Aku dengan kawan kawan aku pergi naik motor je. Senang sikit nak lari daripada jalan yang sesak ni. ;)

1 SYAWAL

Pada pagi 1 Syawal semuanya berjalan dengan lancar dan tenang. Aku siap pergi sembahyang raya dengan kawan aku iaitu Ali Tasdiq. Then lepas tu beraya lah satu rumah tepi surau tu. Lepas dah habis tu aku ikut family aku balik ke kampung sebelah mak aku Pasir Mas. Dekat je dengan rumah perjalanan dalam 40Minit je. Then kat rumah nenek aku tidur je sebab letih tak cukup tidur :3 Lepas bangun tidur tu je ahhh ! Rasa nak marah mood tak menentu. Mood RAYA hilang terus ! Seriously tak pernah rasa Syawal seteruk tu. Aku pun pasti apa yang jadi kat aku time tu. Then petang tu kitorang balik semula ke rumah.



Lepas balik tu aku temenung ke arah basikal aku yang berada kat dalam bilik. Penuh dengan habuk then aku pun basuh lah dan alang alang tu aku test lah kayuh balik. Cycling lah beberapa kilometer malam tu. Buang lemak kot. Eh? Haha. Then I got a call from my bestfriend. Dia ajak pergi open house rumah dia. Sebenarnya open house tu tengah hari sampai petang. Tapi aku takde time tu. Then dia call dan terus paksa aku pergi. Dia kata ada makan lebih lagi.



Then bila sampai rumah dia makan makan lah sikit. Kami #TeamGrey kay. Haha. Borak borak sampai tak ingat dunia jugak malam tu. Biasalah bestfriend kan. (^_^)Y


2 Syawal

Di pagi 2 Syawal yang mood aku masih tak seberapa nak betul tu. Just bangun dan buat macam hari cuti biasa. Then pergi lah rumah saudara mara yang terdekat. 


Me with my ONLY older sister and my little brother. Biasalah bila adik beradik sorang je lelaki/perempuan mestilah kena buli. Hehehe. Then lepas tu ada lah jugak kawan kawan senior senior yang datang raya kat rumah aku. Terima kasih lah kerana datang ke rumah ku. Lepas tu aku dengan Alif dan Ashraf pergi beraya sikit kat rumah Najwa dan Zarith. Thanks korang. :) Malam tu aku dengan Alif pergi rumah Ashraf sebab dia nak pergi Hat Yai dah balik kampung mak dia. Biasalah beraya jap sebelum Ashraf pergi. ;)

3 Syawal

Haaa third Syawal ni banyak jugak open house yang kena pergi. Dah orang ajak kita kena pergi selagi takde halangan. Lepas Zohor tu aku pergi ambik Alif then pergi rumah Alia. Kitorang bertiga pergi bersama ke rumah pertama open house. Iaitu rumah Aleeq.


Ini dia Alif Safuan. Pasangan hidupku. EH? Hahaha Just kidding. Kawan baik ni.


Masa kat rumah Aleeq tu senior senior pun ada. From left Alia Eja Vinie Diera Shira.


Pewwittt ! Sweet ah dua orang ni. Eja dan Aleeq si tuan rumah. Hahaha ;)

Terima kasih Aleeq sebab jemput aku. Then lepas tu aku Alif dan Alia pergi rumah Ida kejap. Berdekatan dengan rumah Aleeq. Open house jugak. Hehe. Thanks doss ! Lepas tu ke open house kat rumah senior terbaik ku! Eh? Hahaha Rumah Kak Sha meow meow. :P Kat situ kitorang terserempak sekali lagi dengan senior senior tadi. Then makan dan lepak lepak sekali lah. Thanks yea Kak Sha Meowww. Hehehe

Lepas tu kitorang semua sekali dengan senior berpakat nak pergi open house kat rumah Amani. Then kitorang pun pergi lah. Sampai je macam biasa lah beraya raya sikit. Aku rasa awkward kot pergi rumah Amani. *Ada sebab. (x Lepas tu kitorang pun berpecah. Senior balik kerumah masing masing. Aku dengan Alif pergi hantar Alia dulu sebab nak ambik motor pulak. Sampai rumah Alia borak borak dulu sebakul. Hehehe.

4 Syawal

Syawal keempat ni agak letih sikit sebab beraya agak jauh. Pagi tu pergi rumah atuk dan rumah relative kejap. Then pergi Machang rumah mak saudara aku. Selalunya perjalanan 1 Jam macam tu je. Tapi disebabkan jalan sesak jadi 3 Jam. Ya Allah lambatnya sampai. Dah lah aku driver. Baru aku tahu kenapa ramai orang tak suka jalan sesak. Sakit kaki aku dibuatnya. Fuhh. 




Kat jalan nak pergi Wakaf Che Yeh pun dah sesak. Adui.


Ahhh akhirnya sampei pun kat penjara Machang. Mak saudara aku tinggal kat Flat disitu. Hehe. Nampak mewah jugak jail ni. Lawa siot. Macam moden gitew. Hahahaha :p Then bila sampai apa lagi letih dengan jalan sesak apa semua makanan nombor 1 aku cari. Hahaha.


Kat bawah flat tu ada taman permainan. Aku dengan kazen aku pergi ah lepak lepak jap sebab takde orang kat situ. Macam tak digunakan. T__T Then kitorang photoshoot sikit lah kat situ. *Kepala hotak dia photoshoot. u_u Haha Sesaja snap snap gambar sebab boring. Time tu nak hujan dah. Gambar aku diatas tu menunjukkan sedang FRUST sebab duit raya dapat sikit. Tak macam tahun lepas. Huhuhu

Tapi aku still bersyukurlah asalkan dapat daripada tak dapat langsung kan? Pada Hari Raya Keempat ni mood raya dah kembali lah sikit. Takde lah sedih macam masa raya pertama tu. Ish pelik den tak tahu bakpo jadi sedih. 

Ini lah aktiviti aku selama empat hari raya. Harap korang enjoy membaca cerita aku ni. Memang tak best pun. Tapi aku sengaja nak cerita. Tak nak baca baik belah awal awal lagi. By the way terima kasih lah banyak banyak sebab sudi membaca jugak. Jemputlah kerumah aku yea Hari raya ni. Nak datang cakap okay.

Bye, Assalamualaikum. :D
*Like lah yang kat bawah ni. Kehkehkeh.

Sunday, 12 August 2012

Petra Tari SMK Ismail Petra !

Assalamualaikum. Hai guys! :D

Today I will story about my experience menyertai Kelab Petra Teater Tari SMKIP. Eh? Kelab ni actually syok sangat sebab kalau anda baca pada nama kelab tu ada 'Teater' dan 'Tari'. Pada awal tahun kelab ni mencari bakat untuk menari terlebih dahulu untuk mewakili sekolah pergi bertanding. Teater belum lagi. *Dalam proses.

Aku nak cerita pasal pengalaman join kelab ni je. Tak minat sila beredar lah dari blog aku ni. Hohoho. Pada mulanya aku dan kawan kawan saja je join uji bakat menari ni. Then dapat. *bravo~ Then cikgu adakan Kem Asas Tari untuk mengasah bakat bakat kitorang dengan membahagi kepada 3 kumpulan. Seramai 30 pelajar yang menyertai dan beberapa mentor juga ada.


Ni time mula mula sampai kat kem. Hehehe. 


Kawasan sekitar kem. Tepi pantai. 


Yang atas tiga orang tu Mentor. Senior dancer.


Haaa bilik kitorang. Abaikan gambar sebelah atas kanan tu yea. HAHAHA.


Makan dan minum diberi secukupnya dan di sebelah malam juga kami mengadakan latihan untuk lawan dengan kumpulan yang lain.


Malam persembahan. Setiap kumpulan bertungkus lumus berusaha untuk menang.


Antara yang menyertai kem ini. (^_^)


Pada pagi hari terakhir kami dsitu barulah keputusan diumumkan kumpulan mana yang menang dan kumpulan aku menang. WIRA tu nama samaran yang diberi oleh cikgu kepada setiap ahli yang menyertai kem ini. DILARANG sebut nama yang betul. Kena guna nama panggilan ni. 

Selepas selesai acara pembahagian hadiah dan sijil. Cikgu memilih seramai 12 orang 6 lelaki dan 6 perempuan untuk mewakili sekolah. Apa pun kem ni syokk!

Terima kasih kepada Cikgu Zack Zaiden dan tenaga pengajar yang lain kerana sanggup memberi ilmu kepada kami. Hehe. Okey setakat ini saja entry kali ini. Nanti tunggu entry KEM TEATER pulak. (^_^)Y

Bye. Assalamualaikum.
 *Like lah yang kat bawah ni. Kehkehkeh.





Sunday, 5 August 2012

Majlis Berbuka Puasa !

Assalamualaikum and Hai (^_^)

Setelah sekian lama tak update blog sebab jarang bukak lappy so hari ni terdetik lah pulak nak update blog yang dah lama behabuk ni. Kembali pada tajuk di atas 'Majlis Berbuka Puasa' ni sebenarnya aku berbuka puasa bersama sama kawan kawan baik aku dekat satu kedai makanan yang bernama Haza Bistro. *Promote* Cehh. 

Kami semua dan rancang nak berbuka sudah lama sebenarnya. Then kami tetapkan satu tarikh (02/08/12) iaitu pada hari Khamis awal bulan Ogos ni~ Pada mulanya dah tak jadi nak buat pada tarikh ni sebab ada perlbagai halangan tetapi dengan izin Allah S.W.T. jadi jugak.




Ni dia air sirap. Cute kan jug ni? Hehehehe.


Antara makanan yang kitorang oder kat situ untuk berbuka. (:


Ini dia dessert. Macam biasa takkan tak kenal buah apa tu kan. 

Kami enam orang berbuka disini yea. Alif Safuan, Alia Syafiqa, Siti Zubaidah, Syaza Qahirah dan NorShafiqa. Kami sampai kat kedai ni awal gila sebelum pukul 7 lagi, Nak tunggu waktu berbuka tu memang lama. Then borak borak sampai lah masuk waktu berbuka. Then lepas habis makan dan solat kitorang pun bercadang nak ke Mall. Aku dengan Alif pergi ke Mall terus ke Mall. Yang perempuan balik rumah Alia dulu. 


Bila sampai Mall layan bowling dulu sepukul. Lama tak main. Hehe (^_^)Y

Eh ramai pulak kawan lelaki tadi kata berbuka 6 orang je kan? Sebenarnya hari tu ada dua event berbuka puasa. Aku pilih berbuka dengan kawan baik aku lah sebab minggu lepas aku dah berbuka dengan kawan lelaki ni. So gilir-gilir lah kan. Tapi lepas tu kitorang jumpa jugak kat Mall. Lepak lepak sekejap and so on. 

Lepas tu kitorang pun balik lah. -THE END- T___T 


Apa pun SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN kepada semua yang sudi baca blog yang tak seberapa nak betul ni. Hehe. Terima kasih daun keladi lain kali baca lagi, Hehehe (:

Kbye Assalamualaikum. 














Thursday, 28 June 2012

Kini kembali~

Hai! Assalamualaikum!

Sudah berbulan bulan aku tak update blog ni u_u Actually aku agak busy dengan hal di sekolah. Satu lagi sebab komputer tak seberapa sihat. Ni pun baru lepas baiki. Takpe lepas ni aku akan cerita pengalaman aku selama aku tak update blog ni. Agak menarik. Tapi jangan gelak nanti. See you soon. Assalamualaikum. Take care guys!


Thursday, 16 February 2012

Birthday Prank To Me :D

Assalamualaikum. Hello para pembaca. xD

Ok actually lama dah aku tak update blog. Last update pasal prank kakak aku kena. But now me. -.-' Actually orang yang prank aku ni dah lama plan semua ni rupanya. Ish. Mereka gunakan bff aku dan suruh bff aku bergaduh dengan aku. 

CeritaNya bermula macam ni. Pada hari jadi aku tuh time balik tetiba bff aku marah aku tengking kat aku cakap yang aku ni mengata dia then blablabla and so on. Aku pun WTH!? Apa salah aku? Tetiba je marah? Boleh dia kata aku mengata dia dari belakang? Ishhh. Dah lah aku baru happy happy petang tu ada silat kat sekolah. Tapi disebabkan ada masalah dengan bff aku, mood aku pun terus takde. Tapi terpaksa lah jugak pergi silat tuh. 

Balik dari silat tuh lepas mandi mandi dalam keadaan stress dan ditambah dengan berWhatsApp kejap dengan someone then aku terus tido sebab terlampun stress memikirkan salah aku. Apa salah aku sampai dia nak marah? Bila aku text bff aku dia kata blablabla tapi tak cakap pun apa salah aku. -.-'

Then keesokkan hari aku ke sekolah seperti biasa just moody sebab bergaduh dengan bff kan mesti hati aku tak tenang. Tapi bila seorang lagi kawan baik aku cakap kat aku. "Chill la bro petang ni mesti selesai punya semua masalah yang ada" Kata Muhamad Aleeq. Aku kalau bab bab gaduh dengan kawan ni mana boleh chill chill. Aku pun tido dalam kelas. Sebab terlalu tertekan.Hohoho.

Lepas balik sekolah tu aku siap siap nak pergi sekolah balik sebab ada latihan silat. Then time last last nak habis silat tu. Ada orang nak jumpa aku. Mereka adalah. Shafiqa dan Alyaa. Diorang kata bff aku Alia dengan Syaza nak jumpa. Then aku pun mintak lah izin cikgu, Tapi di dalam kepala otak aku pikir *jujur ni. "Kenapa nak selesai masalah tapi Shafiqa dengan Alyaa pun ada? Mesti ada benda lain ni" 

Dalam perjalanan nak ke tempat bff aku tu tak habis habis pikir benda tu. "Bukan nak selesai masalah camgini" Dalam masa yang sama aku tetap pikir la mana tahu ada memang ada buat salah kat bff aku. Then bila dah jumpa bff aku dua orang tu. Maka bermula lah sesi jawab menjawab mulut. Dalam masa yang sama, time tengah jawab mulut diorang tu aku selaluh pandang belakang dan sekeliling takot takot ada orang nak kenakan aku. 

Tapi time sesi jawab menjawab tu aku nampak reaksi muka dua orang bff aku tu tersenyum macam bukan marah aku betul betul. Aku pun dah mula pikir yang ada benda lain mereka nak buat kat aku bukannya nak selesai masalah. Ada satu time tu aku tengok belakang aku nampak ada orang tengah pegang tepung menuju kearah aku, jarak dengan aku memang dah dekat. Nasib baik aku bawak helmet time tuh. Sempatlah aku pakai helmet dan dapat mengelak dari kena tepung tu sikit. 

Lepas kena tepung pertama semua manusia manusia yang menyorok pun keluar kejar aku. Rupa rupanya betul diorang nak prank aku. Aku lari sepantas mungkin tapi kena jugak tepung. Dalam baju kat muka kat telinga kalau boleh memang jadi Mr Tepung lah petang tuh. Dah lah diorang semua ni prank kat dalam kawasan sekolah. Ramai lah jugak manusia sekolah lain tengok aku lari lintang pukang. -.-'

But aku tak kesah, Memang terharu gila ada kawan kawan yang macam ni. Semua orang yang aku sayang ada. Just Muhamad Aleeq yang suruh aku chill dipagi hari tu je tak dapat hadir. Haiyaaa. Thanks to Amani sebab baling tepung dan semua yang turut serta. Tapi memang sweet ah Alyaa bawak cake bagi kat aku. Auwww. Terharu. 

Thanks to kakak aku jugak sebab turut join prank neh. Dia buat muka tak tahu je kat rumah bila 
aku cakap aku ada masalah. Kuwajo betei. Thanks to Amani and other senior form 5. Thanks to Fahmi Ashraf Syahmi dan Alif kerana turut membantu baling tepung kat aku. Memang mereka semua terbaik! :)


 

Thanks To My Lovely Best Friend Forever Alia Syafiqa sebab bagi bunga ni dan KFC :)  I  You.






 Thanks To My Lovely Best Friend Forever Syaza Qahirah for the Cadbury.  I  You.

Thanks to Syairah Hanani bagi arnab ni. ^_^

Dan terima kasih kepada Shafiqa sebab bagi cake tu. Sedap sangat. *Maaf gambar cake takde sebab yang tolong snap gambar tu tak upload lagi. Terima kasih kepada yang hadir. Kakak aku, Syahrul, Amani, other form 4 and form 5 students.  I  You All !

♥ Thanks to the special person Alyaa Afiqah :
 
Terima kasih sebab sudi hadir. Terima kasih sebab tolong pegang dan bagi cake tu kat saya. Saya sangat sangat menghargainya. (': Tapi malangnya awak tak sempat nak makan cake dan kfc tu sebab awak balik awal. Hanya dapat pegang cake je. ): Kecewa sangat sebab awak tak dapat join makan sekali. Apa apa pun saya tetap menghargainya. ♥ You. ;-)

Saya bersyukur kerana dapat mengenali kawan kawan seperti mereka. Terharu sangat! Lain kali korang pulak bersiap sedia dengan tepung dan telur aku akan balas dendam. Haha. Tapi lain kali korang tak perlu lah plan guna muslihat aku gaduh dengan Alia dan syaza. Aku sedih sangat nanti. :/

K lah habis dah cerita. Byebye.

Assalamualaikum. 

Saturday, 7 January 2012

Birthday Prank To My Lovely Sista !

Assalamualaikum and Hello Hye!

Okey aku terus nak straight to the tittle sebab aku agak busy sebenarnya *biasalah dah jadi budak form 4 kan. T_T Sumpah susah nak update blog dah lepas ni. OkeyOkey hari ni birthday kakak aku Amalia Izzati. Kawan kakak kakak aku berpakat dengan aku untuk buat surprise untuk kakak aku. Mula mula kak Lailatul yang WhatsApp aku then memberitahu isi kandungan plan yang ingin di buat ni. Di bantu oleh Kak Sha, Kak Yaya dan Abang Syahrul. HAHA

Okey tengok lah gambar yea. ^_^



Okey Ini dia peralatan untuk mengikat tangan dan menutup mata kakak ku. Shawl tu cadangan Kak sha. Haha :)



Ini dia mangsa kakaku. Best nya jadi dia. Jeles weyh T_T Haha


Sweet gila! Bukak je mata ada buah hati kat depan. Haha Dengki sioott Y__Y



Ini dia tiga sekawan menyerang dari belakang bukan tikam belakang yeaa. Diorang baik sangat!



Ada jugak aku. xP




Sedap weyh kek ni. Nak makan banyak takot kena serang dengan tepung. Haha



Muka sedih + banyak kena tepung macam dia yang birthday girl. Kesian kak. Werrkkk xP



Ini dia puntianak harun sundal SPM candidate. Air mata darah tu. Perlakon terbaik 2012. Haha



Kak ni perghh ________ . *Tak tahu nak cakap apa. ^_^





Kak Yaya. (:


Kak Sha dan Kakak aku lah. :D



Aku jeles. -THE END-


Tak panas ke kak? Haha



Aku shy shy cat. :3




Hindustan sikit. Haha




Seronok sangat hari ni. Best dapat kawan dengan kawan kawan kakak aku. Kalau laa aku ada kawan camgini sendiri kan best. Yang penting aku dengki dengan kakak aku. Semua dalam gambar ni sebenarnya Form 5 Spm Candidates aku sorang je Form 4. *Menyemak je. Haha. Apa apa pun semoga berjaya dalam Spm tahun ni yea kakak kakak abang abang. (:


K lepas ni maybe aku jarang dah update blog. Sorry yea. Cerita kat blog aku bukan nya best pom. Hope korang enjoy yea! Lastly kakak aku cakap dia terharu dengan kawan kawan dia ni. Aku turut tumpang gembira *Menyemak sekali lagi. :P


K lah just this for today entry. Tata. Take care para pembaca. Assalamualaikum. ^_^