Wednesday 31 August 2011

Akibat Bermain Bunga Api!


Assalamualaikum pembaca pembaca sekalian.

Harap raya korang semua best best, syookk dan hebat! Apamacam duit raya banyak tak korang dapat?? Kalau banyak bagus kalau tak banyak usahakan lagi. ^_^

Berbalik pada tajuk diatas AKIBAT BERMAIN BUNGA API. Ish ish ish. Bahaya tau main bunga api nie. *sebernanya tak bahaya sangat ponn. Aku je yang cuai. Cerita nya begini. Pada 31/9/2011 pukul dalam 9 malam aku nak TOLONG pasang bunga api untuk my little brother.

Then aku ambil lah lighter. Aku pun keluar rumah then pasang the bunga api. Time pasang tu tiba tiba bunga api tu MAMPOS! Then aku pasang laa balik. Time pasang tu lah aku hala kan bunga api tu kearah jari aku tanpa aku sedari. Then terbakar lah kulit aku. Best oo bau kulit bakar. HAHA

Nie gambar gambar nya. Sikit je lukanyaa.





Yang tak best nya bila kena nie. Susah betul aku untuk melakukan kerja.Haiyaa. Nak mandi pun susah.

Oke lah setakat nie je cerita aku. Bye bye

Assalamualaikum. 




Friday 26 August 2011

Ucapan Raya Dalam FACEBOOK.

Assalamualaikum.

Sekarang nie owner blog nie rajin nak updated blog sebab kan sekarang cuti!
Sekarang dah tak ramai manusia yang menggunakan kad raya sebagai ucapan. Sekarang semua pakai Facebook  ,MMS dan Sms jee.

Sekarang warga Facebook dah start berbalas balas ucapan. Status status lain dah kurang. Semuanya pasal Raya. Biasalah excited nak Raya kan. Tapi bagi aku semakin tua diri kita tu, semakin sikit DUIT kita dapat. Betoi tak? Sepatutnya bila besar la dapat banyak duit. Kita kan dan besar pandai uruskan DUIT. HAHA

Nie antara ucapan ucapan yang berada dalam Facebook.:


dengan kepala macam tembikai
dengan baju kurung macam baju tido
dengan baju kurung warna biru
dengan reben warna pink
aku dengan muke inesen
ucap SELAMAT HARI RAYA




Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin







Assalamualaikum . Beberapa hari lagi nak raya but nak ucap awal sikit . Selamat hari raya , awak . Saya nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika saya terambil barang awak , terngumpat pasal awak , terhina awak , termakan makanan awak , tersakitkan hati awak and segalagala 'TER' lagi lahh .
I love you so much , kawan and I meant it :')







[̲̅S̲̅][̲̅E̲̅][̲̅L̲̅][̲̅A̲̅][̲̅M̲̅][̲̅A̲̅][̲̅T̲̅] [̲̅H̲̅][̲̅A̲̅][̲̅R̲̅][̲̅I̲̅] [̲̅R̲̅][̲̅A̲̅][̲̅Y̲̅][̲̅A̲̅] :)
__________________▄███████▄__________________
__________________█▄█████▄█ __________________
__________________█▼▼▼▼▼█__________________
_________________█▌_________█▌________________ __________________█▲▲▲▲▲█__________________
__________________█████████__________________ ___________________██____██___________________
____________________ Rawr! Raya!!___________________

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN





Sekotak mercun, secawan madu. selaut kasih, seluas rindu. Salam manis penuh syahdu, salam aidlifitri ku ucap padamu. 
Selamat Hari Raya :)









keCik2 dh pnDai b'gaYa,


biLer beSar jD buAyeR..


seLamAT b'pUasE seLamAt aRy RayE,


kaLaU aDe dOse kiRe BURN laH yE...


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN
:)










Ini lah antara ucapan ucapan yang ada dalam Facebook sekarang. Kalau nak copy nak bagi kat rakan rakan anda. Ambik lah. Jangan Malu malu. Sharing Is Caring kan.

K nak Ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca.

Bagi yang nak balik kampung tu Drive save oke.

K bye bye. Assalammualaikum.




Thursday 25 August 2011

Last Day School Before Hari Raya AidilFitri.

Assalammualaikum. Hellow.

Hari nie macam biasa pagi-pagi lagi mesti lah bangun sahur. Makan ape? Tak makan pon. Aku tiada selera kalau makan di pagi-pagi buta nie. So aku just minum air beberapa gelas. Selalunya lepas sahur aku akan tido. Tapi hari nie lain sebab excited nak pergi sekolah. Last day school before raya kooott.

Hari nie aku dengan kakak aku sampai sekolah awal. Aku selalu turun di pagar belakang sebab menunggu kawan-kawan yang menaiki motosikal. Lepas dah tunggu tu, kami semua pun terus ke surau sebab tiap-tiap pagi kami ade solat hajat. Kami lalu ikot laluan depan bangunan sekolah sebab tak nak naik ke kelas. Nanti menyusahkan je sebab kalu naik pon nanti kena turun balik pii surau.

Time dah sampai surau tu mesti laa kami terus naik. Then beberapa minit kemudian bunyi letupan di kawasan sekolah. Rupa rupanya kat block bangunan kami. Kat bawah tangga. haiyaa. Nasib baik kami terus ke surau kalau tidak menetup dengan kami semua sekali. HAHA. -..-

Then lepas letupan tu mesti laa kecoh tahap gamban. Lepas tu semua penghuni block tu di kena panggil dengan pengetua. Budak form 2 and 3 je. Kami di beri ceramah bla bla blaa. Then pengetua nak buat solat hajat supaya pengebom tu menyerah diri secara senyap senyap.

So semua pelajar form 2,3 and 4 diarahkan untuk ke dewan nak buat solat hajat beramai-ramai. Then solat lah kami semua. Abis laa banyak masa disitu. Bagi kelas aku happy sebab masa math terlepas. HAHA. Tapi hari tu memang busy laa. Dengan pengumuman tak henti henti. Macam macam lah terjadi hari tu.

Tapi yang best pada hari tu balik awal pukul 12.30. selalunya balik pukul 2.00. Pada hari nie kami macam bebas gitu sebab hari last day before raya. Kami berjalan-jalan tak henti henti. Pergi masuk bilik guru la, situ lah sini lah. Setiap cikgu yang kami jumpa. Kami akan mengucapkan selamat hari raya.

Masa nak balik tu kami semua lepak laa kat tempat park motor. Kat Block form 1. Berdekatan dengan bilik guru. So banyak la cikgu yang lalu lalang. Kami pon saling mengucapkan ucapan selamat hari raya. Then time tengah excited nie. Ade la sorang budak form 1 tu lalu dengan secara mengejut. Selalunya aku akan tahu and bersedia time dia datang. Nie time time excited+ tengah menggila tahap tak ingat dunia. Tengok tengok dia lalu. Wat malu muka aku jerrhh -..-

Then aku memang nak ucap selamat hari raya kat dia. Tapi ramai sangat manusia kat kawasan tu. So terpaksa aku membatalkan hasrat aku tu. Salah satu sebab lagi aku malas nak wish kat junior tu sebab dia asyik jalan dengan kawan dia laa. Buat malu aku je kalau tergagap gapap depan dia nanti. Maluu kot nak tegor orang yang tak pernah tegur niee.

Selalu aku tegur junior junior sekolah dalam FB je. Then ade sorang junior tu cakap dia dah kenal akuu. Tapi aku still tak kenal dia. Aku susah nak cam orang kalu sekadar tengok gambar dalam FB nie. So lain kali lepas raya aku nak cari semua junior junior yang aku kenal kat sekolah. SO get ready all.

Time nak tunggu ayah aku datang ambik tu. Ramai la senior senior yang aku jumpa sambil Sambil bermaaf maafan dengan diorang.

Oke laa. Daa letih aku menaip nie. Kalau ikutkan hati memang nak cerita banyak lagi tapi malas ahh.

Bye bye semua. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN . Berhati-hati semasa balik kampung.
Assalammualaikum. ^_^

Wednesday 24 August 2011

Pantun Selamat Hari Raya ^_^

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Saturday 20 August 2011

Result Trial!

Assalamualaikum.

Pada era globalisasi ini result aku semakin teruk. Teruk yang Teramat. Teruk teruk teruk.
Dalam Trial jugak lah Bulan Ramdhan menjelma. Oke sementara aku diberi peluang nie aku ingin ucapkan

                                             SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMDHAN.


Orang lain dah wish berminggu minggu yang lalu aku baru nak wish. -..-
oke berbalik pada result trial. Oke result trial aku dari segi Gred A tu memang la naik tapi dari segi Gred C pom banyak. haiyaa. Memalukan betul result Trial ade CCCCCCCCCCCCCCCCC.
Korang mesti nak tahu kan result aku dapat berapa? Kalau tak nak tahu sudah, duduk bawah rumah, kawan dengan labah-labah.

Oke result aku





































Lawa tak 4C aku? -..- yang aku tak puas hati nyee tak pernah result exam aku dapat banyak C. Tapi aku tetap bersyukur laa at least ade jugak A daripada takde langsung. Tapi aku agak terkilan sikit lah dengan C tuh. kalau dapat 4A4B boleh tahan sikit. Tapi nak buat camne dah bukan rezeki aku.

Ok lah aku harap aku dapat buat yang terbaik PMR seberna nanti.

oke bye bye

Assalamualaikum.
.