Saturday 1 September 2012

MERDEKA !

Assalamualaikum guys ! 


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ! Terima kasih kerana sudi bukak blog ni. KuiKuiKui~

Aku just cerita pengalaman Sambutan Kemerdekaan Ke-55 ni. Aku ada join persembahan pentomin untuk hari kemerdekaan kat Padang Perdana, Kelantan. Apa itu Pentomin? Pentomin bermaksud "A performance using gestures and body movements without word" Paham? Tak paham pergi seacrh sendiri maksud dia kat google. Hahaha.


Aku dengan kawan kawan aku saje je join benda ni. Nak mencuba sesuatu yang baru. Mencari pengalaman. (^_^)Y Kitorang kena berkumpul kat tempat show tu pada pagi 31 Ogos 2012. Cerita pentomin tu pasal TOK JANGGUT menentang penjajah di Kelantan. Aku pegang watak sebagai anak murid silat Tok Janggut je. Hehehe.

Ni dia gambar ~


Bersama semua ahli ahli.



Pembesar Pembesar baik.


Pembesar bersama penduduk kampung. Haha.


Penjajah ! ;)


Bahagian Muzik Aqil !


Persembahan kitorang bersiaran langsung dalam 15 minit macam tu je. Kat tempat tu macam macam lagi show ada. Silat, persembahan dari PDRM dan perbarisan. Lepas habis show tu kitorang makan lah apa lagi. Breakfast pun idok lagi pagi tu. Haha.


With bestfriends ! :D

Lepas makan tu kitorang pun balik laa. Ni je pengalaman aku semasa sambutan Merdeka kali ni. Kalau korang ada apa apa nak share pasal pengalaman merdeka korang tahun ni leave lah link blog anda di kotak comment di bawah. (:


Bye, Assalamualaikum. :D
*Like lah yang kat bawah ni. Kehkehkeh.

No comments: