Wednesday, 22 August 2012

My Eid

Assalamualaikum. Hello. Hai. Salam 1 Malaysia.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua yang sudi membaca entry ni. Hehe. Semoga salah dan silap diriku diampuni oleh kalian semua. Aku sebenarnya ketandusan idea nak buat tajuk untuk entry kali ni. Aku just nak cerita aktiviti pada malam raya dan aktiviti pada 1 Syawal sehingga 4 Syawal. Hehehe. 

 SELAMAT HARI RAYA (^_^)

Ahhh just forget about it. The story begin here....

       MALAM RAYA

Haaa ni dia gambar time malam raya. Ahh jalan begitu sesak di bandar Kota Bharu. Aku saje je keluar nak tengok suasana malam raya. Perghh mercun sana sini. Polis sini sana. Memang bising lah pada malam raya tu. Aku dengan kawan kawan aku pergi naik motor je. Senang sikit nak lari daripada jalan yang sesak ni. ;)

1 SYAWAL

Pada pagi 1 Syawal semuanya berjalan dengan lancar dan tenang. Aku siap pergi sembahyang raya dengan kawan aku iaitu Ali Tasdiq. Then lepas tu beraya lah satu rumah tepi surau tu. Lepas dah habis tu aku ikut family aku balik ke kampung sebelah mak aku Pasir Mas. Dekat je dengan rumah perjalanan dalam 40Minit je. Then kat rumah nenek aku tidur je sebab letih tak cukup tidur :3 Lepas bangun tidur tu je ahhh ! Rasa nak marah mood tak menentu. Mood RAYA hilang terus ! Seriously tak pernah rasa Syawal seteruk tu. Aku pun pasti apa yang jadi kat aku time tu. Then petang tu kitorang balik semula ke rumah.



Lepas balik tu aku temenung ke arah basikal aku yang berada kat dalam bilik. Penuh dengan habuk then aku pun basuh lah dan alang alang tu aku test lah kayuh balik. Cycling lah beberapa kilometer malam tu. Buang lemak kot. Eh? Haha. Then I got a call from my bestfriend. Dia ajak pergi open house rumah dia. Sebenarnya open house tu tengah hari sampai petang. Tapi aku takde time tu. Then dia call dan terus paksa aku pergi. Dia kata ada makan lebih lagi.



Then bila sampai rumah dia makan makan lah sikit. Kami #TeamGrey kay. Haha. Borak borak sampai tak ingat dunia jugak malam tu. Biasalah bestfriend kan. (^_^)Y


2 Syawal

Di pagi 2 Syawal yang mood aku masih tak seberapa nak betul tu. Just bangun dan buat macam hari cuti biasa. Then pergi lah rumah saudara mara yang terdekat. 


Me with my ONLY older sister and my little brother. Biasalah bila adik beradik sorang je lelaki/perempuan mestilah kena buli. Hehehe. Then lepas tu ada lah jugak kawan kawan senior senior yang datang raya kat rumah aku. Terima kasih lah kerana datang ke rumah ku. Lepas tu aku dengan Alif dan Ashraf pergi beraya sikit kat rumah Najwa dan Zarith. Thanks korang. :) Malam tu aku dengan Alif pergi rumah Ashraf sebab dia nak pergi Hat Yai dah balik kampung mak dia. Biasalah beraya jap sebelum Ashraf pergi. ;)

3 Syawal

Haaa third Syawal ni banyak jugak open house yang kena pergi. Dah orang ajak kita kena pergi selagi takde halangan. Lepas Zohor tu aku pergi ambik Alif then pergi rumah Alia. Kitorang bertiga pergi bersama ke rumah pertama open house. Iaitu rumah Aleeq.


Ini dia Alif Safuan. Pasangan hidupku. EH? Hahaha Just kidding. Kawan baik ni.


Masa kat rumah Aleeq tu senior senior pun ada. From left Alia Eja Vinie Diera Shira.


Pewwittt ! Sweet ah dua orang ni. Eja dan Aleeq si tuan rumah. Hahaha ;)

Terima kasih Aleeq sebab jemput aku. Then lepas tu aku Alif dan Alia pergi rumah Ida kejap. Berdekatan dengan rumah Aleeq. Open house jugak. Hehe. Thanks doss ! Lepas tu ke open house kat rumah senior terbaik ku! Eh? Hahaha Rumah Kak Sha meow meow. :P Kat situ kitorang terserempak sekali lagi dengan senior senior tadi. Then makan dan lepak lepak sekali lah. Thanks yea Kak Sha Meowww. Hehehe

Lepas tu kitorang semua sekali dengan senior berpakat nak pergi open house kat rumah Amani. Then kitorang pun pergi lah. Sampai je macam biasa lah beraya raya sikit. Aku rasa awkward kot pergi rumah Amani. *Ada sebab. (x Lepas tu kitorang pun berpecah. Senior balik kerumah masing masing. Aku dengan Alif pergi hantar Alia dulu sebab nak ambik motor pulak. Sampai rumah Alia borak borak dulu sebakul. Hehehe.

4 Syawal

Syawal keempat ni agak letih sikit sebab beraya agak jauh. Pagi tu pergi rumah atuk dan rumah relative kejap. Then pergi Machang rumah mak saudara aku. Selalunya perjalanan 1 Jam macam tu je. Tapi disebabkan jalan sesak jadi 3 Jam. Ya Allah lambatnya sampai. Dah lah aku driver. Baru aku tahu kenapa ramai orang tak suka jalan sesak. Sakit kaki aku dibuatnya. Fuhh. 




Kat jalan nak pergi Wakaf Che Yeh pun dah sesak. Adui.


Ahhh akhirnya sampei pun kat penjara Machang. Mak saudara aku tinggal kat Flat disitu. Hehe. Nampak mewah jugak jail ni. Lawa siot. Macam moden gitew. Hahahaha :p Then bila sampai apa lagi letih dengan jalan sesak apa semua makanan nombor 1 aku cari. Hahaha.


Kat bawah flat tu ada taman permainan. Aku dengan kazen aku pergi ah lepak lepak jap sebab takde orang kat situ. Macam tak digunakan. T__T Then kitorang photoshoot sikit lah kat situ. *Kepala hotak dia photoshoot. u_u Haha Sesaja snap snap gambar sebab boring. Time tu nak hujan dah. Gambar aku diatas tu menunjukkan sedang FRUST sebab duit raya dapat sikit. Tak macam tahun lepas. Huhuhu

Tapi aku still bersyukurlah asalkan dapat daripada tak dapat langsung kan? Pada Hari Raya Keempat ni mood raya dah kembali lah sikit. Takde lah sedih macam masa raya pertama tu. Ish pelik den tak tahu bakpo jadi sedih. 

Ini lah aktiviti aku selama empat hari raya. Harap korang enjoy membaca cerita aku ni. Memang tak best pun. Tapi aku sengaja nak cerita. Tak nak baca baik belah awal awal lagi. By the way terima kasih lah banyak banyak sebab sudi membaca jugak. Jemputlah kerumah aku yea Hari raya ni. Nak datang cakap okay.

Bye, Assalamualaikum. :D
*Like lah yang kat bawah ni. Kehkehkeh.

No comments: