Sunday 5 August 2012

Majlis Berbuka Puasa !

Assalamualaikum and Hai (^_^)

Setelah sekian lama tak update blog sebab jarang bukak lappy so hari ni terdetik lah pulak nak update blog yang dah lama behabuk ni. Kembali pada tajuk di atas 'Majlis Berbuka Puasa' ni sebenarnya aku berbuka puasa bersama sama kawan kawan baik aku dekat satu kedai makanan yang bernama Haza Bistro. *Promote* Cehh. 

Kami semua dan rancang nak berbuka sudah lama sebenarnya. Then kami tetapkan satu tarikh (02/08/12) iaitu pada hari Khamis awal bulan Ogos ni~ Pada mulanya dah tak jadi nak buat pada tarikh ni sebab ada perlbagai halangan tetapi dengan izin Allah S.W.T. jadi jugak.




Ni dia air sirap. Cute kan jug ni? Hehehehe.


Antara makanan yang kitorang oder kat situ untuk berbuka. (:


Ini dia dessert. Macam biasa takkan tak kenal buah apa tu kan. 

Kami enam orang berbuka disini yea. Alif Safuan, Alia Syafiqa, Siti Zubaidah, Syaza Qahirah dan NorShafiqa. Kami sampai kat kedai ni awal gila sebelum pukul 7 lagi, Nak tunggu waktu berbuka tu memang lama. Then borak borak sampai lah masuk waktu berbuka. Then lepas habis makan dan solat kitorang pun bercadang nak ke Mall. Aku dengan Alif pergi ke Mall terus ke Mall. Yang perempuan balik rumah Alia dulu. 


Bila sampai Mall layan bowling dulu sepukul. Lama tak main. Hehe (^_^)Y

Eh ramai pulak kawan lelaki tadi kata berbuka 6 orang je kan? Sebenarnya hari tu ada dua event berbuka puasa. Aku pilih berbuka dengan kawan baik aku lah sebab minggu lepas aku dah berbuka dengan kawan lelaki ni. So gilir-gilir lah kan. Tapi lepas tu kitorang jumpa jugak kat Mall. Lepak lepak sekejap and so on. 

Lepas tu kitorang pun balik lah. -THE END- T___T 


Apa pun SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN kepada semua yang sudi baca blog yang tak seberapa nak betul ni. Hehe. Terima kasih daun keladi lain kali baca lagi, Hehehe (:

Kbye Assalamualaikum. 














No comments: