Thursday 25 August 2011

Last Day School Before Hari Raya AidilFitri.

Assalammualaikum. Hellow.

Hari nie macam biasa pagi-pagi lagi mesti lah bangun sahur. Makan ape? Tak makan pon. Aku tiada selera kalau makan di pagi-pagi buta nie. So aku just minum air beberapa gelas. Selalunya lepas sahur aku akan tido. Tapi hari nie lain sebab excited nak pergi sekolah. Last day school before raya kooott.

Hari nie aku dengan kakak aku sampai sekolah awal. Aku selalu turun di pagar belakang sebab menunggu kawan-kawan yang menaiki motosikal. Lepas dah tunggu tu, kami semua pun terus ke surau sebab tiap-tiap pagi kami ade solat hajat. Kami lalu ikot laluan depan bangunan sekolah sebab tak nak naik ke kelas. Nanti menyusahkan je sebab kalu naik pon nanti kena turun balik pii surau.

Time dah sampai surau tu mesti laa kami terus naik. Then beberapa minit kemudian bunyi letupan di kawasan sekolah. Rupa rupanya kat block bangunan kami. Kat bawah tangga. haiyaa. Nasib baik kami terus ke surau kalau tidak menetup dengan kami semua sekali. HAHA. -..-

Then lepas letupan tu mesti laa kecoh tahap gamban. Lepas tu semua penghuni block tu di kena panggil dengan pengetua. Budak form 2 and 3 je. Kami di beri ceramah bla bla blaa. Then pengetua nak buat solat hajat supaya pengebom tu menyerah diri secara senyap senyap.

So semua pelajar form 2,3 and 4 diarahkan untuk ke dewan nak buat solat hajat beramai-ramai. Then solat lah kami semua. Abis laa banyak masa disitu. Bagi kelas aku happy sebab masa math terlepas. HAHA. Tapi hari tu memang busy laa. Dengan pengumuman tak henti henti. Macam macam lah terjadi hari tu.

Tapi yang best pada hari tu balik awal pukul 12.30. selalunya balik pukul 2.00. Pada hari nie kami macam bebas gitu sebab hari last day before raya. Kami berjalan-jalan tak henti henti. Pergi masuk bilik guru la, situ lah sini lah. Setiap cikgu yang kami jumpa. Kami akan mengucapkan selamat hari raya.

Masa nak balik tu kami semua lepak laa kat tempat park motor. Kat Block form 1. Berdekatan dengan bilik guru. So banyak la cikgu yang lalu lalang. Kami pon saling mengucapkan ucapan selamat hari raya. Then time tengah excited nie. Ade la sorang budak form 1 tu lalu dengan secara mengejut. Selalunya aku akan tahu and bersedia time dia datang. Nie time time excited+ tengah menggila tahap tak ingat dunia. Tengok tengok dia lalu. Wat malu muka aku jerrhh -..-

Then aku memang nak ucap selamat hari raya kat dia. Tapi ramai sangat manusia kat kawasan tu. So terpaksa aku membatalkan hasrat aku tu. Salah satu sebab lagi aku malas nak wish kat junior tu sebab dia asyik jalan dengan kawan dia laa. Buat malu aku je kalau tergagap gapap depan dia nanti. Maluu kot nak tegor orang yang tak pernah tegur niee.

Selalu aku tegur junior junior sekolah dalam FB je. Then ade sorang junior tu cakap dia dah kenal akuu. Tapi aku still tak kenal dia. Aku susah nak cam orang kalu sekadar tengok gambar dalam FB nie. So lain kali lepas raya aku nak cari semua junior junior yang aku kenal kat sekolah. SO get ready all.

Time nak tunggu ayah aku datang ambik tu. Ramai la senior senior yang aku jumpa sambil Sambil bermaaf maafan dengan diorang.

Oke laa. Daa letih aku menaip nie. Kalau ikutkan hati memang nak cerita banyak lagi tapi malas ahh.

Bye bye semua. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN . Berhati-hati semasa balik kampung.
Assalammualaikum. ^_^

No comments: