Friday 23 December 2011

RESULT

Assalamualaikum dan Hello.

Okey seperti yang anda tahu. Tajuk di atas mesti lah result PMR kalau dah bulan 12 ni. Okey. Masa awal awal bulan banyak khabar angin yang menyatakan bila tarikh result yang sebenar. First aku dengar tarikh 28. Then 23. Last last 22/12/2011.

Lepas dah kompem tu mesti laa terasa debaranya. Tapi semakin hari semakin nak dekat dengan tarikh nak ambik result tu aku jadi tak bedebar. Aku main game je kerja dalam facebook. Pool Live Tour. Aku juga busy dengan tweet tweet. Sampai jadi relax gila gila tak kesah pasal result.

Tapi bila dah sampai tarikh 22/12/2011 pagi tu aku bangun terus hilang selera makan. Hadoiyai. Last minit baru nak bedebar balik. -.-' Aku bangun awal hari tu. Sebab harapan nak pergi lepak-lepak kat sekolah dulu jumpa kawan kawan. Biasalah dah lama tak berjumpa. Hehehe.

Aku pergi awal la jugak. Takde orang lagi kat sekolah time tu. Ada pakcik makcik kebun je. Orang pertama tunggu aku kat sekolah ialah kawan baik aku dan jugak best students. Tinggi, bijak, pandai dan bakal dokter. Dah ade klinik nama dia wei dan ayah dia seorang dokter jugak. Dia akan mewarisi klinik itu besar nanti. Ye ke tak AIMAN?  Haha



Layan gambar dulu :


Okey aku sampai time tu kosong lagi. Kat dewan dah pasang lagu yang menakutkan students. -.-'


Haa yang tinggi tu lah AIMAN! Sebelah dia Hariz. Perempuan dua orang tu my best friends okey! Don't steel them from me ! 


Ni dia geng geng aku. Hoho. Yang first picture tuh yang pegang helmet senior. Then gambar yang dua orang tu baju putih tu senior jugak. Mereka bagi sokongan nak ambik result. Haha


Okey! Acara bagi result dah start. Mula mula pengetua beri ucapan dulu. Yang dapat 9A seramai 14 orang dan dua orang students di atas salah satu calon nya. Lelaki tu sorang je 9A. Tahniah!



K gambar yang first sebelah kiri tu *baju hitam ALI TASDIQ. Ketua kelas aku. Bawah dia Faris! Bawah lagi Ikram! Yang tinggi tinggi tu AIMAN lah. Dan yang perempuan tu. My BFF ALIA. Semua dapat 8A. Tahniah!


Start sebelah kiri atas sekali. Norma. Bawah dia Faqihah. Then Mija Penolong ketua kelas! Then gambar yang dua tu atas Alia Qistina! Dan bawah Syazwin a.k.a Maya. *muka tak percaya dapat 8A tu. 


Dan sekarang Gambar aku. Kiri tu dengan BFF jugak. Dia lawa sangat. Cair aku. Hahaha. Tak percaya sudah. Shafiqa nama dia. :) Kanan tu siapa lagi Alia lah. BFF jugak. Hee ^^


Atas tu boss aku. Muhammad Aleeq. kawan baik! Relax bro. Aku dapat result sama dengan dia. Cuma B dia dengan aku lain. Yang bawah tu kawan kawan jangan la kecewa sangat. Spm ada lagi. Ujian atas muka bumi ni banyak lagi. Jangan putus asa oke?



Haa ni sorang lagi bff. Dia dapat result sama dengan aku. Hehe. Tahniah oke!

Apa apa pun tahniah kepada yang mendapat Straight A's! Sekolah aku seramai 60++ dapat straight A. Dan peratus sekolah naik la sikit. Bagi yang tak dapat apa yang dihajatkan tu jangan kecewa. Aku pon tak dapat 8A. Sedih jugak. Uwaaa.

Result aku. :'(












Tak cukup 1A je lagi. Hadoiyai. Menyesal aku main main dalam kelas time teacher mengajar. Hohoho.
K lah result sudah dapat aku kena terima jugak. Cuma aku sedih tak boleh nak membanggakan keluarga aku. Setiap kali Ada peperiksaan mesti aku kalah 1A dengan kakak aku. -.-' Takpe Spm aku fight habis habisan.


K lah setakat ni je entry aku. Lama kan aku tak update? Haha. Gambar tu aku combine sebab nak save ruang. Tak suke? BOLEH BLAH SEKARANG. ^^ Ada sikit lagi. Aku rindu seseorang tu. Dulu kami rapat sangat. Then sekarang? Entah tak tahu kenapa dia macam melarikan diri gitu. Why AA why? You make me feel crazy.


Ehh dah lari tajuk lah. Haha. K ape ape follow aku kat twitter dan jangan lupa mention! ^^


Bye Assalamualaikum.

No comments: