Friday 30 December 2011

Pengalaman 2011

Assalamualaikum. Hello.

Memandangkan hari ni hari last untuk tahun 2011. Aku nak lah taip entry sikit. Maybe aku nak cerita ape yang aku lalui tahun ni. Actually banyak perkara yang berlaku kat aku. Ada sedih ada gembira. Banyak laa perkara yang buat aku sedih tahun ni. Tapi tak perlu lah diperbesarkan right?

Ok aku cerita pengalaman gembira aku. Tahun ni kan aku candidates Pmr. So mesti la bust sikit study. *Study ke? xP Tapi kat sekolah memang sibuk dengan macam macam aktiviti lah. Ada kem ada kelas tambahan and so on. Tapi aku nak kongsi sikit ah berdasarkan pengalaman aku lah kan. Tahun PEPERIKSAAN lah tahun paling best sebab banyak pengalaman yang kita akan dapat. Dapat kawan baru lah time ada kem. Tapi memang betul aku cakap. Tahun Peperiksaan ni membuatkan aku jadi rapat dengan semua orang. *Ini pendapat aku lah. Tak suka takpe. ^^

Okey pengalaman menarik tahun ni, Pada awal tahun 2011 aku ada lah masuk kawad kaki sebab tak tahu nak bergiat dalam aktiviti ape lagi. Sukan dah. Aku pun try kawad. Actually aku memang suka kawad dari kecik lagi. Hehe. Then aku masuk lah kawan kaki kadet polis. Bertanding dalam sekolah je. Nak wakil sekolah, sekolah aku tak aktif sangat kawad ni. Saje nak mengisi masa lapang. Then kadet polis menang lah tahun ni kawad kaki. Kat situ memang best ah pengalaman kawad. Traning petang petang. Malam pun ada kadang kadang. Tapi memang berbaloi ah.

Pengalaman menarik seterusnya bila aku ada join race lumba basikal. Aku main sukan basikal ni dah lama dah. Sejak dari aku form 1 lagi. Then time berlumba tu memang best lah. Pengalaman pertama buatku. Di sebabkan aku terlampau excited masuk race tu. Aku jadi tak letih masa berlumba tu. Letih tu ada tapi tak seletih aku traning. Biasalah bila dah excited sampai tahap gaban semua benda aku tak kesah yang aku pikir nak menang. Tapi sudah takdir aku kalah. krohkrohkroh. Ada alasan tersendiri actually kenapa aku kalah. Sikit lagi aku nak sampai garisan penamat. Tapi biar lah. Kalah Menang adat permainan. Ni pun berlumba bukan peringkat negeri. Peringkat ape tah aku tak ingat. Tapi memang best ah pertama kali masuk race ni menambahkan ilmu dalam otak aku.

Then pengalaman best tahun ni time PEPERIKSAAN LAH! Time trial aku still buat tak tahu. Aku just baca buku sikit sikit je. Then kaboom dapat 4A4C. Ohh sweet gila CCCC tuh. Urghh kalau B boleh tahan lagi. Tapi lepas trial tu ada sedikit keInsafan masuk kedalam hatiku ini. Then minggu last before Exam Pmr aku belajar dan buat ulangkaji dengan cikgu lebih sikit. Biasalah takotkan nak Pmr. Tapi! Hari pertama Exam Pmr je aku bedebar debar sebab aku tak tahu pengawas yang jaga dalam dewan tu macam mane. Tapi bila hari kedua Exam Pmr aku dah tak bedebar rasas biasa biasa gitew. Aku baca buku pun sikit sikit je. At least baca la jugak dari tak baca langsung. Tapi ada someone special ni yang telah memberi semangat untuk aku menjawab soalan Pmr walaupun aku hanya baca sikit sikit dan masih kurang ilmu pengetahuan.

Everyday sebelum exam pmr bermula dia datang berjumpa dengan aku. Selalu wish goodluck dan ada laa sembang sembang sikit dengan dia. Aku tak tahu kenapa bila aku tengok muka dia aku jadi tenang je. Bila dia senyum, senyuman dia membuatkan aku Bahagia Gembira Cair and so on. Dia sangat baik dengan aku. Aku besyukur kepada Allah swt kerana beri aku peluang untuk mengenali si dia. :') Bila tiap tiap pagi dah jumpa time minggu exam tu idea bergelora dalam otak aku nih. Sebab dia lah. Cikgu Family Kawan kawan banyak jugak membantu. Tapi bila aku jumpa dia ni aku rasa semua masalah hilang dan rasa tenang untuk menjawab soalan peperiksaan. 



Btw thanks yea. I really love you and I don't want to lose you! Mesti pembaca tertanya tanya siapakah Si dia itu? Actually dia muda dari aku. Hee. Aku tak kesah lah aku ni jenis kawan dengan semua orang tapi hanya sorang je yang berjaya mencuri hati aku . Aku jenis Friendly type. Tapi mula mula memang aku malu dengan kawan baru lah tapi kalau dah lama lama jadi biase. But thats just me. (:

Then this the most meaningfull Memories bila aku pergi lawatan lepas Pmr dengan kawan kawan sekolah. Memang terbaik dari ladang la! Kami pergi Melaka dan Kuala Lumpur. Naik kereta api. Best. Naik kereta api dengan kawan kawan ni lain. Pergi jalan jalan dengan kawan kawan pun lain. Time atas kereta api memang seronok lah! Penumpang awam yang lain tengah tido lepas pukul 12malam kami still macam burung hantu aktif. Seronok aku cakap. Pengalaman lepak kat cafe atas kereta api dengan kawan kawan. Solat atas kereta api yang bergerak gerak tu. Main card and so on. Time lawatan tak payah cakap. MEMANG TERBAIK! Aku sedih sebernanya bila teringat pasal lawatan ni. Tapi memang pengalaman paling best yang aku pernah ada! Aku akan ingat sampai mati. Kalau nak tengok entry pasal lawatan try lah tengok kat Archive. Pasal aku berlumba ada jugak kalau tak silap.

Then pengalaman lepas pmr pergi sekolah macam macam berlaku. Kadang kadang sampai kena halau dengan cikgu. Cikgu cakap. "Buat apa datang sekolah bukannya belajar pon" Tapi bagi aku, dari duduk kat rumah baik aku pergi sekolah boleh borak borak dengan kawan kawan tolong cikgu. Tapi sebenarnya tujuan aku pergi sekolah lepas abis exam pmr sebab aku nak jumpa si dia tiap tiap hari. Tak dapat berborak dapat tengok muka dia pun dah cukup. Tapi aku banyak kali dah buat dia kecewa. DULU aku jenis yang tak reti nak buat keputusan. Main buat je sampai aku tak ingat dia terluka. I'm really sorry dear 
I really don't mean to hurt you. I'm sorry. Tapi sekarang Alhamdulillah aku dah belajar dari kesilapan kesilapan lama aku. Insyaallah aku takkan ulang benda yang salah lagi.

Then pengalaman masa start cuti sekolah ohh really boring. Time pergi bercuti best lah SIKIT. Tapi best pergi holiday dengan kawan kawan sekolah aku lagi. Time cuti aku banyak menghabiskan masa dengan kawan kawan pergi main Futsal lah dan ada sikit aktiviti lain. Aku nak main sukan basikal takleyh asyik hujan je kat sini. Nasib baik Futsal ada. Tapi dah dua kali aku terseliuh main Futsal. Mula mula kaki kiri then tangan kanan. Aku still main futsal walaupun tak sembuh lagi. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA. Muahehehe :3

Then saat saat yang dinantikan candidates pmr ialah RESULT! Hohoho. Aku ada post entry pasal result ni. Cari sendiri kat Archive la yea. Aku dapat 7A1B je. Ohh kecewa aku time tuh. Tapi nak buat macam mana sapa suruh tak baca buku kan? 7A tu pun nasib baik jumpa si dia tiap tiap pagi exam #Eh Hahaha.

Kepada kawan kawan aku semua. You all the best I ever met! Sayang korang semua. Thanks sebab jadi kawan aku. Kepada si dia. Saya harap next year 2012 kita berbaik rapat macam dulu k? Saya sudah terseksa asyik memikirkan tentang awak. Saya mintak maaf kalau ada buat salah dan silap kat awak and to all my friends! Love you all!

Sebernanya banyak lagi aku nak cerita tentang pengalaman tahun 2011 ni. Boleh buat novel nanti. Tapi aku dah sudah tidak larat nak cerita semua. Dah lah tapi entry ni pukul 2AM. Hadoi mengantok! Ah ni sikit lagi, aku nak marah sebenarnya bila subjek BIO MATH FIZIK ADDMATH KIMIA form 4 2012 bertukar bahasa ke Bahasa Melayu. Sumpah aku tak paham bila tengok buku dia. -.-' Banyak dugaan betul yang lahir tahun 96 ni. Dulu time sekolah rendah kami semua yang start Bahasa Inggeris Sains dengan Math Tapi sekarang kami pulak yang mulakan subjek bio math addmath fizik kimia dalam Bahasa Melayu balik. Kepada  Menteri Pelajaran Kami semua dah biasa Bahasa Inggeris. Sepatutnya tak perlu lah tukar ke Bahasa Melayu 100% Buat la Dwibahasa kan senang. Yang pandai BI boleh tengok BI yang pandai BM tengok lah BM. Baru adil. K lah Azam tahun 2012 ni aku nak jadi lebih baik dari tahun 2011.

K lewat dah ni mengantok pun ada. Hehe Sorry panjang mungkin akan memeningkan para pembaca. Hehe. Bubye.

Assalamualaikum.

2 comments:

Zuraini said...

ooo! gempak pe result tu. congrats! sweetye 2011 kamu. puppy love. sometimes bleh jd pembakar semangat gak. eceh.haha.

AmiruL IzzaT said...

Hehe. Thanks !